Bonjour Fellas! Annyeonghaseyo. Welcome to my Secret Diary. My name is Fatin Nabila . 15 y/old Navigate! Wanna Scream? Credit Section! Template by : LiyanaIzzati Basecode made by : AreQil Background : Nurul Atiqah Header : Nurin Asyada Best view : Google Chrome |
First Contests by Cahaya Hidayah : '' Saya Bangga Saya Islam ''
Bismillah, bila saya jumpa entri ini teringat kawan-kawan di asrama. Entah kenapa, tapi Alhamdulillah bermula dari asrama lah wujudnya rasa keinsafan yang selama ini tak pernah dirasai. Syukurlah, asrama sekolah saya amat baik dan tidaklah daif. Mungkin dari situ, pelbagai cerita dan ilmu yang didapati masih berkekalan sehingga sekarang malah dimanfaatkan. Alhamdulillah :) Solat berjemaah, Mathurat, Tazkirah, Usrah dan Tadarus bersama-sama sememang bagus untuk budak-budak macam saya ni. Kalau tak, entah apatah nasib saya sekarang? Dulu keluar rumah tak pakai stoking, muka selamba je. Relax je kan. Tapi, sekarang bila keluar rumah tak pakai stoking, saya dapat rasa satu perasaan yang lain. Perasaan malu bila berhadapan dengan yang lain. Entah mengapa, malu dengan Allah. Rasa tak selesa semacam padahal dulu selalu buat. Dulu dulu pakai tudung pendek, walaupun masih menutup aurat tetapi entahlah.. Bila terkenang dulu dulu betapa jahilnya diriku ini. Namun Alhamdulillah, kini saya lebih senang bertudung labuh dan ber-arm sock. Rasa lebih selamat ^^V Sebenarnya, banyak lagi. Tapi, biarlah ianya menjadi rahsia saya dan Allah sahaja. Titipan ini bukanlah jelas untuk pertandingan, tapi untuk renungan semua. Laju je tangan saya menaip semua yang pernah saya lakukan supaya kita tak akan buat silap lagi. Insyaallah ~ Sebenarnya, saya pernah bercita-cita untuk menjadi seorang Da'ie tapi bila lihat betapa kerdil diri saya. Saya rasa mungkin saya patut belajar lebih banyak dahulu baru saya teruskan niat murni ini :) Facebook :- https://www.facebook.com/segmen.menang "INDAHNYA ISLAM KERANA ISLAM MENJANJIKAN KESELAMATAN HIDUP DUNIA DAN DI AKHIRAT. KEINDAHAN ISLAM SANGAT LUAS, PANJANG DAN LEBAR MALAH SUKAR UNTUK DITAFSIRKAN MELAINKAN KITA MENJALANKAN TUGAS KITA SEBAGAI KHALIFAH SEBAIKNYA" SAYA BANGGA SAYA ISLAM2 Lovely babe! |